Apa itu ghostwriter?
"Ada ke orang buat duit dengan menulis ni?" Ramai orang tidak percaya akan wujudnya peluang kerjaya sebagai ghostwriter ini. Ketika berkongsi maklumat mengenai dunia penulisan belakang tabir ini, saya melihat ramai orang terpinga-pinga dan bertanya kembali: "Apa tu? Tak pernah dengar pun nama ghostwriter" "Betul ke? Tak tahu pun" "Ada ke kerja macam tu?" Ha.. ini antara respon yang kerap saya terima. Biasanya saya hanya tersenyum melihat repon mereka dan berusaha memberikan penerangan terbaik. Apa itu ghostwriter? Sebelum pergi lebih jauh, mari kita fahami dahulu apa itu ghostwriter. Ghostwriter adalah mereka yang menulis bagi pihak orang lain. Mereka dibayar dengan jumlah tertentu bergantung kepada jenis kerja yang dibuat. Nama mereka tidak dicatatkan dalam karya client. Ia dipersetujui oleh kedua belah pihak. Ada perjanjian bertulis.